NewsBolehkah Penampan Sungai menyokong kehidupan biodiversiti?

August 12, 2022

Sebuah animasi baru yang berasaskan hasil penyelidikan saintifik mengenai penampan sungai kini boleh ditonton di laman youtube dan boleh didapati di sini dalam Bahasa Melayu. Penampan sungai -iaitu kawasan habitat semula jadi di tebing sungai- menunjukkan kepentingan dalam mengekalkan kualiti air serta menyokong kehidupan biodiversiti secara meluas.

Melissa Payne (SEARRP) bersama-sama dengan Dr Eleanor Slade (NTU, Singapura), Dr Matthew Struebig dan Dr Jake Bicknell (University of Kent, UK) telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS) serta Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah untuk menyatukan isi kandungan serta menghasilkan video animasi sains yang menunjukkan bahawa penampan sungai yang lebar boleh menyokong lebih banyak spesies hidupan liar!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh akses penerbitan penuh di sini.

Video di bawah;